Lain-Lain

Nak Bina atau Beli PC Sendiri ? Mari Kita Ketahui Perkara Asas Terlebih Dahulu

Sedikit tips Cara Buat PC Game Murah dan berbaloi mengikut bajet anda !

PC ialah nama singkatan bagi Personal Computer. Dan setiap PC mempunyai pelbagai spesifikasi yang berbeza. Dan setiap spesifikasi mempunyai perbezaan yang tersendiri. Ya, anda di tempat yang betul untuk belajar spesifikasi sebelum membeli sebuah PC dengan harga yang berbaloi.

Desktop merupakan sebuah unit PC di mana mempunyai pelbagai komponen elektrik seperti motherboard, processor dan power-supply unit(PSU). Jika anda mahu membeli sebuah desktop, anda perlu fikir terlebih dahulu apa yang anda mahu bina:

  • Sebuah PC untuk graphic editing seperti video
  • Sebuah PC untuk gaming
  • Sebuah PC untuk kerja pejabat

Sambil kita belajar komponen komputer, kami akan berikan sedikit nasihat untuk memilih spesifikasi yang sesuai.

Komponen-komponen desktop

1. RAM

RAM ialah Random-Access Memory. Dalam bahasa Melayu ialah akses memori rawak. Cip ini penting kerana tanpa RAM, anda tidak boleh buka sebarang aplikasi walaupun aplikasi tersebut telah dipasang pada ROM. RAM mempunyai pelbagai kapasiti – tapi dalam dunia moden kini, 64GB RAM pun wujud ! Kapasiti RAM ini juga penting, contoh : Jika PC anda hanya ada 2GB RAM, Windows dan sistem anda akan makan 1GB untuk menjalankan operating system. Maka, anda hanya mempunyai baki 1GB RAM. Dengan 1GB RAM, anda boleh buat kerja biasa-biasa sahaja. Jika RAM anda digunakan sampai penuh, maka PC anda akan ‘lag’ ! Oleh yang demikian, wajarlah anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4GB RAM untuk buat kerja pejabat dan 8GB RAM untuk low/medium gamer dan editor. Tapi jika anda merupakan seorang gamer modern atau movie editor, ada perlu mempunyai 16GB RAM ke atas !

Dalam RAM juga ada aspek “RAM Speed”, contohnya 1066Mhz, 1333Mhz, 3000Mhz. Setiap RAM ada speed masing-masing seperti CPU juga, tapi ia tidaklah sangat penting seperti kelajuan CPU. Maka, dalam pemilihan RAM, anda perlu beli kelajuan RAM yang tepat untuk motherboard anda – jika tak, membazir. PC pun tak boleh nak hidup.

Baca juga :  Teksi terbang tanpa pemandu pertama dilancarkan

RAM juga ada jenis-jenisnya. Sudah pastinya bentuk RAM laptop dan desktop adalah berbeza. Banyak jenisnya sebenarnya, tapi yang terkenal ialah DDR3 dan DDR4. Ada juga DDR3-L, di mana L ialah maksud Low-Voltage. Kalau desktop, RAM dinamakan DIMM manakala laptop dinamakan SODIMM dan bentuk serta panjangnya adalah berbeza.

Bagaimana nak tambah ataupun pilih RAM yang sesuai ? Anda perlu lakukan sedikit penyelidikan. Kerana anda perlu pilih RAM yang sesuai untuk motherboard PC anda – dari segi kelajuan RAM, jenis RAM dan saiznya.

 

2. Motherboard

Motherboard ialah ibu kepada komponen-komponen PC. Semua komponen ini mesti diletakkan pada ibunya – iaitu motherboard. Motherboard juga dikenali sebagai ‘mobo’. Nak pilih motherboard, kena banyak penyelidikan. Sebab apa? Sebab macam-macam anda perlu pertimbangkan dari segi;

  • soket processor
  • form factor
  • jenis RAM
  • slot RAM
  • boleh overclock atau tidak

Jikalau anda beli processor Intel, anda perlu beli motherboard yang boleh digunakan untuk processor Intel – kerana soketnya berbeza dengan processor AMD. Jenis RAM pula, anda perlu pilih motherboard yang boleh digunakan untuk pilihan RAM anda iaitu DDR3 atau DDR4. Lain motherboard, lain slot RAM – ada yang boleh guna sehingga 4 keping RAM. Malah, jika anda berhasrat untuk overclock PC anda, pastikan motherboard anda support atau tidak.

Apa itu overclock? Ringkasnya ialah modify CPU untuk bekerja dengan lebih keras – dengan menambahkan arus voltan elektrik. Ia berisiko kerana CPU anda akan mengalami suhu yang lebih tinggi dari biasa. Lakukan sedikit penyelidikan sebelum overclock dan anda akan perlukan CPU Cooler yang baharu.

Baca juga :  Aplikasi Untuk Belajar Bahasa Asing





3. Processor / CPU

CPU merupakan otak bagi sebuah desktop. Lagi tinggi nilai CPU, lagi hebat ia bekerja. CPU juga ada banyak jenis – dual core, quad-core atau octa-core. CPU juga mempunyai kelajuan tersendiri, iaitu 2.33GHZ, 3.9GHZ dan sebagainya. CPU juga ada thread – kebanyakkannya ialah didarabkan dengan 2. Contoh: sebuah CPU mempunyai itu 4 cores dan 8 thread.

Bagaimana nak pilih CPU? Jika anda seorang casual gamer dan kerja pejabat, dual core pun sudah memadai. Tapi jika anda seorang sedikit advanced, pilih la quad cores. Dan anda seorang modern gamer dan editor ? Pilih octa core.

Dual bermaksud dua, quad bermaksud empat dan octa bermaksud lapan. Kenapa cores ini penting? Meh abam jelaskan, contoh ada 100 kerja perlu disiapkan, kalau dual core : hanya dua kerja sahaja dapat disiapkan dalam satu masa. Jika octa core : 8 kerja boleh disiapkan dalam satu masa.

Kadangkala CPU A mempunyai 6 cores tapi 6 thread, B ada yang banyak cores tapi thread sikit, C ada yang sikit cores tapi banyak thread. Semuanya lain kerenah – ada game A yang menang, lain game B yang menang, lain game C yang menang.

4. Storage (ROM)

ROM ialah Read-Only Memory. Di mana ia menyimpan dan menulis data. Ada dua jenis storage – iaitu SSD dan HDD. Nak tahu lebih lanjut ? Baca SSD vs HDD.

5. Graphic/Video Card (GPU)

Sudah pasti namanya Graphic, ia akan menguruskan grafik PC anda. Tanpa graphic, pastinya ‘hodoh’ grafik Windows dan Game anda. Graphic Card juga seperti RAM dan ia dipanggil Virtual RAM (VRAM) – kerana mempunyai kapasiti rawak seperti 2GB dan jenis DDR5. Graphic Card ini juga penting, jika anda seorang gamer – anda pasti setuju bahawa GPU ini ialah nadi PC seperti CPU.

Baca juga :  4 Kamera Android Paling Cun 2018

Anda perlu pilih GPU yang sesuai dengan anda. Kalau skrin monitor anda besar, pilihlah GPU 2GB VRAM. Jika anda main graphic rendah, 2GB VRAM sudah memadai – jika high graphic, kena beli 4GB VRAM lah jawabnya.

6. Power Supply Unit (PSU)

Setiap komponen PC memerlukan sumber kuasa, dan PSU merupakan komponen yang membekalkan kuasa bagi komponen yang lain. PSU ada pelbagai jenis seperti membekalkan 450Watt, dan 600W. Lain PSU, lain gred kecekapannya – berbeza kategorinya : Bronze, Silver & Gold. Dan juga ada istilah 80+ PSU yang bermaksud lebih 80% kuasa yang dapat ditukarkan dari arus elektrik, selebih 20% ditukarkan dalam bentuk haba.

PSU ini penting kerana ia berperanan mengubah arus voltan kepada kuasa. Sama ada ia cekap tenaga ataupun cekap pembaziran. Nak jimat elektrik ? Laburlah ke PSU yang berkualitas tinggi. Apa beza PSU 450W dengan 600W ? Setiap komponen memerlukan kuasa elektrik, CPU sahaja makan sekitar 100W. Kalau tak cukup kuasa, macam mana PC nak power?

Kesimpulan

Itu antara komponen komputer yang perlu ditekankan. Yang lain seperti casing/chasis, mouse, keyboard, wifi card dan lain-lain tu lainlah ceritanya. Kami hanya curahkan sedikit ilmu asas dalam pemilihan spesifikasi sesebuah PC, selainnya anda yang perlu lakukan penyelidikan dengan lebih teliti.

Apa kata anda ? Setuju ke tak dengan cadangan kami ?

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker