Apa Itu ?Trik dan Tips Telefon Pintar

Kehebatan GO Keyboard Yang Anda Tidak Tahu | Apa itu Go Keyboard?

Nampak biasa tapi sebenarnya luar biasa!

Yang korang tahu pasal GO Keyboard ni adalah emoji sahaja. Tapi korang mesti tak tahu tentang fungsi lain GO Keyboard. Fungsi ni memang nampak biasa tapi kalau untuk sesetengah pihak mesti bermakna kerana dapat menjimatkan masa dan memudahkan.  Tapi mari lah kome baca fungsi biasa Go Keyboard ni. Biasa tak biasa pun lagi bermakna dari keyboard system biasa huhu.

Emoji

emoji ios
Tanpa emoji, chat pun tampak bosan dan kita sukar meluahkan perasaan kita. Kalau kita gelak, emoji ni boleh dijadikan sebagai penambah rasa yang membuatkan ketawa kita itu lebih ikhlas. Bukan sekadar emoji, anda boleh tukar jenis emoji yang dekat go keyboard tu. Anda boleh pilih emoji system, emoji nougat atau emoji android.

Theme

theme for go keyboard
Kalau keyboard biasa, sudah pasti ia nampak bosan dan kosong. Oleh itu, anda boleh download tema anda sendiri untuk hiasi go keyboard anda. Macam-macam ada. Tinggal pergi ke setting untuk memuat-turun tema. Semestinya ia adalah percuma.

Baca juga :  Cara Mudah Mengurangkan Penggunaan Data Internet Anda

Word Correction

Siapalah yang tak pernah typing error (typo)? Kita adalah manusia yang penuh dengan salah silap. Dengan ada fungsi ni, kalau kita tertypo nanti keyboard secara automatik akan betulkan ia.

Font

fonts for adobe

GO Keyboard juga boleh tukar bentuk tulisan. Kalau kita tak suka font go keyboard biasa, kita boleh tukar. (Boleh tak GO keyboard ni kita bagi shortform macam GK). GK ni akan scan font yang ada dalam telefon, Tak kesah la dari app lain ke nanti dia copy je.

Layout

Anda boleh tukar Sama ada korang biasa posisi huruf macam mana contohnya QWERTY , QWERTZ dan AZERTY. Ataupun bentuk keyboard biasa ataupun keyboard macam telefon nokia iaitu ada 1abc 2def 3ghi . Ha begitulah.

Gesture dan voice

Kalau nak type tapi kedua-dua belah tangan busy, anda boleh type guna sebelah tangan je tanpa tekan-tekan takut terjatuh telefon tu. Maka gesture ni anda slide je jari anda atas huruf keyboard tu. Contoh nak eja ’book’, letak jari anda pada b lepas itu terus slide ke huruf seterusnya dan jangan lepaskan jari anda. Manakala voice pula anda sebut je nanti dia tukarkan kepada perkataan.

Baca juga :  Kini Boleh Tahu Tajuk Lagu Dalam Mana-Mana Video Youtube

Clipboard

Clipboard ini adalah satu bahagian (board) yang mempunyai clip (nota). Nak fahamkan, fungsi clipboard ini adalah menempatkan teks/nota yang telah anda ‘copy’. Selain itu, anda boleh tanda ‘nota’ yang anda kerap guna untuk diletakkan pada ‘sticky on top’.

Apakah kepentingannya? Sebenarnya, ia sangat membantu ! Anda tidak perlu lagi pergi ke nota untuk copy dan paste setiap kali pelanggan meminta nombor akaun, sebaliknya – kerja anda akan lebih mudah dengan fungsi clipboard ini.

Edit (Copy/Paste/Cut/Cursor)

Kalau tengah menaip dekat notes, fungsi GK ni boleh bantu kita untuk edit sikit-sikit. Memang berguna bagi saya yang menaip menggunakan telefon semasa tutorial di telegram. Jom kita belajar caranya.

Baca juga :  Cara Dapatkan Semula Instagram Yang Kena Hack 2018
1. hold icon search
1. (Saya syorkan anda hold yang belah kiri tu.)
2. tukarkan kepada simbol lain
2. (masih hold dan slide ke simbol itu)

 

3. siap untuk kerja edit
3. Tada. Dekat situ la macam-macam fungsi ada.

 

Jalan pintas

Tak tahulah nak bagi nama apa. Tapi fungsi ini anda boleh jadikan simbol sebagai jalan pintas. Contoh simbol ‘@’ anda boleh tetapkan untuk keluar perkataan apa. Jika saya ni kerap nak hantar nombor telefon dekat orang, mudah je sebab jika saya tekan simbol ‘@’ nanti keluar la nombor saya 01233445566.


1. GO Keyboard setting>Input>Customize left column

edit makna bagi simbol
2. Edit simbol
tekan dalam gambar
3. Ha ikut la gambar bawah ni
tekan simbol
4. Bila sudah edit makna simbol tu nanti dia keluar la.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Go Keyboard adalah keyboard yang menawarkan pelbagai fungsi yang berguna buat pengguna. Sebagai penulis, Go Keyboard dapat membantu untuk menjimatkan masa dengan fungsi yang memudahkan kerja-kerja ringkas. Untuk ulasan dari Bijak Tech, kami bagi 5 bintang !

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami