Berita Teknologi

Facebook Sedang Menguji ‘Photos-only mode’. Apa Benda Tu?

Instagram dalam Facebook ?

Sebuah laporan pada awal minggu ini mengatakan Facebook sedang menguji photo-only mode untuk aplikasi telefon, yang membolehkan pengguna untuk melihat gambar yang dicadang secara algortima pada ‘feed’, seperti Instagram.

Menurut TechCrunch, fungsi ‘Popular Photos’ menghasilkan feed yang penuh dengan gambar rakan pada pandangan penuh, yang mempunyai pengalaman seperti Instagram sendiri.

Mod foto ini boleh diakses pada ‘photo’ di News Feed ataupun pada profile Facebook seseorang untuk melihat gambar mereka. Walaupun fungsi ini sebenarnya sudah wujud pada ‘Related Videos’, nampaknya Facebook akan mewujudkan fungsi yang sama pula untuk foto dan gambar.

Ketika penulis TechCrunch melaporkannya, seorang jurucakap dari Facebook telah mengesahkan laporan ini kerana ia telah diuji pada Oktober lepas. Tempoh percubaan sudah tamat, fungsi ini sedang diperbaiki dan mungkin akan diuji semula pada masa akan datang.

Baca juga :  WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Panggilan Berkumpulan

Jika laporan ini jadi kenyataan, Facebook sedang melakukan perkara yang tepat kerana galeri gambar pada Facebook adalah terlalu klasik dan tidak semudah Instagram. Maka, pengguna dan Facebook sama-sama naik.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami