Berita Teknologi

Realme X2 Pro – Telefon Pintar Mercu Mampu Milik ? | Snapdragon 855+, 64MP dan Paparan 90Hz

Realme 'bocor' sedikit spesifikasi bakal flagship mereka

Jenama Realme kini sedang memuncak naik dengan penawaran peranti pada harga yang lebih berbaloi dan mampu milik. Ketika ini, Realme masih menjual telefon pintar kelas permulaan dan pertengahan sahaja dan kini nampaknya, Realme semakin menuju kedepan dengan penawaran peranti mercu yang akan mendarat di bumi yang nyata.

Menurut GSMArena, pihak Realme mengesahkan realme X2 Pro dijana oleh Snapdragon 855+ dan keupayaan menukar kadar segar semula paparan antara 60Hz dan 90Hz.

Dari sudut kamera pula, ia terdiri daripada 4 kombinasi lensa iaitu 64MP sebagai kamera utama, lensa ultrawide 115 darjah, lensa telefoto dan lensa potret. Dengan gabungan kamera tersebut, ia berupaya mengambil zum sehingga 20x dan sesuai untuk mengambil gambar dengan pengcahayaan yang rendah.

Baca juga :  Facebook Messenger: Kini Anda Boleh 'Recall/Unsend' Mesej Yang Dihantar

Selain daripada hadir dengan paparan yang mempunyai kadar segar 90Hz, ia dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari pada skrin. Realme X2 Pro masih mengekalkan reka bentuk penggunaan takuk jenis titisan air dan dilaporkan mempunyai saiz panel 6.4”. Apabila berbincang mengenai telefon mercu, ia pasti hadir dengan pengecasan pantas – dan ia dilaporkan menyokong teknologi VOOC 4.0 30W.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami