Lain-Lain

Mampu Milik ! Netflix Mobile Pada Harga RM17/Bulan

Negara Kedua untuk mendapat pelan khas dari Netflix selepas India

Menurut Netflix, 88% rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar, dan 7 daripada 10 pemilik akan menonton atau memuat turun perkara hiburan. Dan juga, rakyat Malaysia menonton Netflix 2x lebih banyak berbanding dengan negara luar. Menyedari potensi tersebut, kini pihak Netflix menyediakan pelan terbaru untuk pengguna di Malaysia selepas pelan ini diperkenalkan di India pada Julai lalu.

Pelan baharu ini dipanggil Mobile yang mempunyai kos bulanan serendah RM17. Secara asasnya, ia merupakan versi Basic yang lebih mampu milik tanpa akses terhadap laptop dan TV yang berhagra RM33/bulan.

Pelanggan hanya akan menerima servis Netflix dengan resolusi SD sahaja yang hanya boleh diakses melalui sebuah peranti telefon pintar atau tablet pada satu masa sahaja.

Jika anda terfikir mengenai Chromecast, cast, atau mirror telefon pintar ke TV, pelan ini tidak menyokong ciri tersebut. Jelas sekali, ia hanya boleh diakses pada telefon pintar sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke Netflix Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker