Berita Teknologi

Instagram Kini Menghapuskan Fungsi Tab ‘Following’, Mengapa ?

Demi meningkatkan privasi pengguna

Instagram telah membuang fungsi tab ‘Following’ pada aplikasi sosial mereka, yang boleh digunakan untuk ‘stalk’ atau mengintai aktiviti akaun pengguna lain. Selain itu, tab ini amat jarang digunakan dan ia boleh dikatakan ‘menyemak’ pada aplikasi mereka.

Masalah utama yang timbul pada tab Following adalah berkaitan privasi. Di mana aktiviti pengguna boleh tersebar pada akaun pengikut yang lain – seperti aktiviti kita menyukai gambar, memberi komen atau follow akaun seseorang boleh ‘terkantoi’.

Syarikat tersebut telah melaksanakan proses menghapuskan ciri ini pada segilintir pengguna di negara tertentu pada sebelum ini, namun mereka hanya menjawab ‘ia adalah pepijat aplikasi’. Kini, syarikat berkenaan secara rasmi akan membuang ciri ini mulai sekarang, dan akan mengambil beberapa minggu akan datang untuk ‘hapus’ ciri ini pada semua pengguna.

Baca juga :  HongMeng OS Diuji Oleh Xioami, Oppo dan Vivo
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami