Apa Itu ?

Cara Main ‘Call of Duty Mobile’ Pada PC Windows Dengan Emulator Rasmi

CoD Mobile kini menjadi perhatian dunia, dan anda boleh menikmatinya dengan sebuah komputer !

Call of Duty Mobile meruapakan game terbaru yang hangat di pasaran. Menawarkan pengalaman penembak-pertama yang percuma untuk dimainkan, kini lebih mudah dengan emulator rasmi yang membenarkan anda berperang melalui sebuah komputer Windows – Gameloop.

Gameloop adalah sebuah emulator, yang dijenamakan semula daripada emulator PUBG Mobile oleh Tencent Gaming Buddy. Disebabkan oleh ia dibangunkan oleh mereka sendiri, ia menawarkan pengalaman emulator yang lebih baik dan stabil berbanding Bluestacks dan seangkatan dengannya.

Apa itu emulator ? Secara ringkasnya, ia adalah sebuah perisian yang meniru persekitaran Android dan mengawalnya melalui sebuah komputer. Secara terperinci, ia akan membenarkan anda ‘key mapping’, iaitu menggunakan papan kekunci untuk mengawal Android anda. Anda boleh lihat key mapping untuk COD Mobile oleh Gameloop:

Baca juga :  Minecraft Earth - Persekitaran Pixels Minecraft Dalam Dunia Realiti

Seperti PUBG Mobile emulator juga, anda akan diasingkan dengan pemain-pemain tertentu. Ini bermaksud, pemain emulator akan menentang sesama sendiri dan pemain pada telefon pintar tidak termasuk.

Jika anda ingin mencuba, anda boleh memuat turun emulator rasmi COD Mobile oleh Gameloop melalui butang berikut:

Laman Utama Gameloop

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami