Apa Itu ?

Apa itu ‘Neural Core’ Pada Google Pixel 4 ?

Fungsi terbaru untuk dunia fotografi bagi Pixel

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL membawakan perisian dan kemampuan kamera yang terbaik, termasuk Neural Core. Cip kecil ini juga penting sebagai cip pemprosesan utama bagi Pixel 4 untuk menjalankan mesin pembelajaran yang hebat oleh Google secara efisien. Ini termasuk pemprosesan foto, pengecaman audio dan lain-lain.

Sebelum ini, Pixel 2 dan Pixel 3 juga hadir dengan Visual Core yang membantu meningkatkan pretasi penghasilan HDR+ dengan pantas dan cekap. Dengan pengenalan Core baharu, Pixel 4 nampaknya lebih berkuasa berbanding Pixel sebelumnya.

Neural Core merupakan sebuah cip yang mengurangkan beban pada CPU atau GPU. Ini bermaksud, ia dibina khas untuk proses pengiraan dan pemprosesan yang melibatkan AI, imej, audio dan sebagainya. Hasilnya, penghasilan sesuatu produk akan lebih efisien, mantap dan terbaik.

Baca juga :  Apa itu Magic Card (Kukis) ? Baca dulu sebelum kena tangkap!

Kenapa ia diperkenalkan? Ia perlu diperkenalkan untuk menjadi kunci utama bagi Pixel 4, yang menfokuskan penghasilan imej dan suara. Dari segi fotografi, Google perkenalkan fungsi terbaru seperti:

  • Dual Exposure Controls
  • Astrophotography Mode
  • live HDR+ preview
  • Night Sight

Dengan pengenalan ciri terbaru tersebut, ia memerlukan cip pemprosesan yang mampu menampungnya. Perisian kamera pada Pixel amat menggagumkan dari segi ketepatan warna, pretasi pada persekitaran dengan cahaya rendah dan sebagainya. Apa yang lebih hebat adalah kemampuan penyuntingan imej pada ‘real-time’.

Apabila Pixel 4 hadir dengan kombinasi Snapdragon 855 dan Neural Core, ia menjadi produk terbaik antara peranti mercu di pasaran dalam kategori perkakasan mesin pembelajaran.

Baca juga :  Kenali Istilah 'IPX' Kalis Air Pada Gajet Anda

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami