Berita Teknologi

Xiaomi Mi Mix Alpha – Snapdragon 855+, 12GB RAM, 5G & Hampir Kesemuanya adalah Skrin !

Mainan baru dari Xiaomi amat menggagumkan !

Xiaomi pada sebelum ini juga menghasilkan telefon pintar tanpa takuk dan melengkung sedikit, kini mereka mengubah identiti telefon pintar dengan membawakan sesuatu yang amat unik – hampir kesemua peranti ini adalah skrin !

‘Skrin Mengelilingi’ ini membalut peranti tersebut kecuali pada modul kamera pada bahagian belakang. Xiaomi juga mendakwa bahawa ia menawarkan 180 peratus ratio skrin-kepada-badan, yang amat berbeza dengan peranti sedia ada.

Seperti gosip yang tersebar luas, Mi Mix Alpha hadir dengan 108MP kamera dari kerjasama antara Samsung dan Xiaomi. Pada hasilnya, ia akan menghasilkan imej 27-megapixel. Ia menggunakan sistem gabungan tri-kamera iaitu 108MP-20MP-12MP.

Selain itu, spesifikasi dalamannya juga tidak mengecewakan, malah menakjubkan ! Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+, menyokong rangkaian 5G, storan RAM sebesar 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia mempunyai kapasiti bateri sebesar 4050mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W.

Baca juga :  Oppo dan Xiaomi Perlihatkan Telefon Unik Terbaru Kepada Umum

Namun, Xiaomi juga berkata bahawa Mi Mix Alpha hanyalah sebuah konsep telefon pintar sahaja, ini bermakna, ia tidak akan dihasilkan secara besar-besaran. Dalam erti lain, ia adalah edisi terhad dan mula dijual pada harga 19,999 yuan (~RM11’800) mulai Disember ini.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami