Berita Teknologi

TM Perkenalkan Pakej Baharu – 30Mbps Unlimited RM89 & 300Mbps + TV RM199

Telekom Malaysia juga beri promosi percuma bulan pertama

Telekom Malaysia baru sahaja perkenalkan dua pakej Unifi Home Wi-Fi terbaru yang lebih berbaloi. Sebelum ini, pakej Unifi Basic Plan 30Mbps pada RM79 sebulan hanya mempunyai 60GB kuota sahaja. Kini, pakej terbaru yang ditawarkan oleh mereka adalah 30Mbps pada RM89 dengan kuota tanpa-had.

Walaupun pakej baru ini sebenarnya telah ditawarkan kepada pelanggan Unifi sebelum ini, nampaknya pakej ini telah dibuka untuk semua pelanggan. Munurut Soalan-Soalan Lazim Unifi Basic Plan, pakej ini menawarkan kelajuan memuat turun sehingga 30Mbps dan kelajuan memuat naik sehingga 10Mbps dan kuota sebesar 60GB sahaja.

30Mbps Unlimited Data

Memahami kehendak orang ramai, TM telah melancarkan Unifi 30Mbps Unlimited Data pada harga RM89 sebulan untuk kuota tanpa-had. Pakej ini menawarkan kelajuan memuat turun sehingga 30Mbps dan kelajuan memuat naik sehingga 10Mbps.

300Mbps

TM juga perkenalkan pakej baharu pada RM199 sebulan berbanding harga asal iaitu RM279. Pakej ini menawarkan:

  • kelajuan memuat naik sehingga 300Mbps
  • kelajuan memuat naik sehingga 50Mbps
  • Kuota tanpa-had
  • termasuk unifi TV Media Box dan unifi TV Ultimate Pack (yang berharga RM60/bulan)
  • 600 minit panggilan untuk semua rangkaian
  • 100 Filem Blokbluster on demand
Baca juga :  Jadikan Start menu Windows 10 anda awesome!

Apa yang lebih menarik adalah kedua-dua pakej ini hadir dengan promosi percuma sebulan dan promosi ini akan tamat pada 30 September 2019. Ini bermaksud, anda perlulah pergi ke Laman Utama Unifi Home secepat yang mungkin untuk mendaftar.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami