Berita Teknologi

Realme Melancarkan Realme Buds Wireless dan Realme Power Bank

Realme mendakwa Bud Wireless boleh bertahan sehingga 12 jam memainkan musik pada sekali pengecasan.

Selepas Realme telah melancarkan Realme XT yang hadir dengan kamera 64MP, mereka juga telah perkenalkan produk baharu mereka – Realme Buds Wireless dan Realme Power Bank. Apa yang lebih bagus adalah mereka menjual aksesori ini pada harga mampu milik kepada pelanggan.

Realme Buds Wireless

Realme Buds Wireless dijual pada harga Rs 1799 (~RM 105) dan ia mempunyai variasi warna hitam, hijau dan merah. Wow, mahalnya RM105 ? Tapi, ia lebih jauh berkualiti dari yang lain.

Realme mendedahkan bahawa Buds ini mempunyai dentuman bass yang padu dan mereka telah bekerjasama dengan DJ terkenal dunia, Allan Walker. Beliau bekerjasama dengan Realme untuk membawakan bass yang dalam, paling kuat dan tepat dengan Dynamic Bass Boost – di mana hasilnya bakal membawakan pengalaman pendengaran yang mengasyikkan terutama untuk musik elektronik. Dan tidak lupa, ia dilengkapi dengan 11.2mm bass boost drivers.

Di samping menawarkan 12 jam untuk mendengar lagu dengan sekali pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas dan dinilai pada IPX4 – yakni kalis percikan air dan peluh yang sesuai digunakan semasa bersukan.

Baca juga :  Terbaru dari Spotify: Anda Boleh Block Artis Yang Anda Benci !

IA juga hadir dengan teknologi Bluetooth 5.0 dan jarak sehingga 10 meter. Malah, ia hadir dengan kawalan magnetik – bermakna, anda boleh menghidupkan atau mematikan Buds Wireless dengan hanya melekatkan atau menjauhkan kedua-dua earbud ini. Berikut yang anda akan dapat dengan harga sedemikian:

Realme Power Bank

Bank Kuasa oleh Realme ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 10’000 mAh dan menyokong 18W dua-hala pengecasan pantas. Ia juga menawarkan versaliti jenis USB-A dan USB-C bersama dwi-output. Mereka mendakwa ia melingkumi 12-lapisan pelindung litar.

Harganya pula dijual pada harga Rs 1299 (~RM 76).

Anda boleh melihat produk tersebut menerusi lama utama mereka iaitu Realme Power Bank dan Realme Buds Wireless.

Baca juga :  Jom Lihat Asus ROG Phone 2 Secara Rasmi - Pasti Meleleh Buat Kaki Gamer

 

 

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami