Berita Teknologi

Nubia Red Magic 3S Diperkenalkan – Snapdragon 855+, UFS 3.0 dan Sistem Penyejukan Terbina

Merupakan model yang lebih berkuasa berbanding nubia Red Magic 3.

Setelah nubia Red Magic 3 dilancarkan dahulu, kini nubia telah mula menjual Red Magic 3S di mana ia merupakan model antara yang paling berkuasa di dunia setakat ini.

nubia Red Magic 3S hadir dengan Snapdragon 855+ bersama storan pantas UFS 3.0 dan sistem penyejukan yang cemerlang –  penyejuk cecair dan kipas.

Dari segi visual, apa yang berbeza adalah rekaan baharu pada kekisi udara pada belakang peranti yang berbentuk seakan abjad Y. DI hadapan, ia masih sama iaitu menggunakan paparan 6.65″ FHD+ AMOLED dengan kadar segar 90Hz serta nisbah skrin 19.5:9.

Bukan sahaja ‘gergasi’ dari spesifikasi dalaman untuk gaming, malah, ia hadir dengan dua pembesar suara hadapan, kamera swafoto 16MP dan kamera utama 48MP Sony IMX586 yang berupaya merekod video pada resolusi 8K.

Nubia juga menambah bahawa mereka telah mereka semula ruang udara dan menambah baik sistem penyejukan dengan gabungan penyejuk cecair dan kipas. Mereka juga mendakwa bahawa gabungan ini mampu menurunkan suhu cip pemprosesan sehingga 18 darjah Celcius. Malah, ia terbina dengan touch-sensitive shoulder triggers yang boleh menambah pengalaman gaming anda.

Baca juga :  Android 10 Kini Tersedia Buat Pengguna Pixels

Peranti ini tersedia dengan storan dalaman 8/12GB RAM dan sehingga 256GB storan UFS 3.0 yang sangat pantas. Namun, kapasiti bateri kekal pada 5000mAh dan keupayaang pengecasan pantas 27W. Peranti ini menjalankan RedMagic OS 2.1 yang berasaskan Android Pie.

Harga jualan di China adalah 2999 Yuan (~RM1785) untuk 8/128 GB. Manakala model 12/256 GB dijual pada harga 3799 Yuan (~RM2228). Sama-sama kita nantikan pengumuman dari Nubia Malaysia untuk peranti gila ini.

 

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami