Apa Itu ?

Minecraft Earth – Persekitaran Pixels Minecraft Dalam Dunia Realiti

Minecraft Dunia Anda

Mojang baharu sahaja membuka pendaftaran beta untuk pengguna yang ingin mencuba game AR (Augmented Reality) MInecraft. Minecraft adalah sebuah game yang terkenal di seluruh dunia yang bertemakan pixels dan kotak.

Minecraft Earth, merupakan game AR untuk peranti anda, yang membawakan Minecraft ke dunia nyata. Pergilah menjelajah dan bina sesuatu bersama kawan-kawan pada saiz yang sebenar. Minecraft Earth ini tersedia untuk peranti iOS 10+ dan Android 7+.


Permainan Minecraft adalah berkaitan kreativiti. Kini, Minecraft Earth memberi anda peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing untuk membina sesuatu pada skala dunia baru. Sebarkan ciptaan anda bersama pencipta yang lain !

Kawasan kejiranan anda akan kelihatan baru dengan Minecraft Earth. Dapatkan sumber, ambil bahagian dalam cabaran dan kongsikan imaginasi anda dengan mereka. Ini bermaksud, anda akan menjelajah dunia yang baharu.

Untuk maklumat penuh, anda boleh lihat di laman rasmi Minecraft. Buat masa ini, pengguna yang berada di Seattle, London, Tokyo, Stockholm, or Mexico City sahaja yang boleh mencuba Minecraft Earth. Jangan risau, mereka menyasarkan untuk meluaskan ke seluruh dunia selepas ini!

Baca juga :  CARDEA Liquid M.2 PCIe SSD - Yang Pertama Dengan Penyejuk Cecair Terbina
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami