Berita Teknologi

iPhone Terbaru – iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max

Macam biasa, Apple akan mengumumakan generasi iPhone terbaru mereka pada bulan September setiap tahun. Malah, mereka juga mengumumkan iPad dan Apple Watch terbaru serta servis perkhidmatan Apple Arcade dan Apple TV pada awal pagi tadi.

iPhone 11

Model yang pertama diperkenalkan bagi siri iPhone adalah iPhone 11 Di mana ia hadir dengan banyak spesifikasi baharu.

  • Ia menggunakan paparan Liquid Retina HD bersaiz 6.1″, dengan kekuatan kaca paling tinggi bagi sebuah iPhone
  • sistem gabungan dwi-kamera pada belakang yang baharu – 12MP kamera sudut-luas Dan 12MP kamera sudut-ultra luas..
  • peningkatan pencahayaan lampu ‘flash’ sebanyak 36%.
  • night mode yang baharu yang membolehkan anda mengambil gambar pada pencahayaan-rendah dengan cemerlang
  • kamera hadapan kini menggunakan sensor 12MP berbanding 7MP sebelum ini – berupaya merekod rakaman 4K pada 60 FPS
  • dijana oleh cip terbaru dari Apple – A13 Bionic
Baca juga :  WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Panggilan Berkumpulan

Ia hadir dengan warna hitam, hijau, kuning, ungu, merah dan putih serta harganya bermula pada RM3,399 melalui Apple Online Store.

iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max

Generasi iPhone 11 dinilai pada IP68 iaitu kalis air dan habuk.
  • Bagi barisan Pro pula, ia dilengkapi dengan gabungan tri-kamera iaitu 12MP sudut-luas, 12MP sudut-ultra luas dan 12MP kamera telefoto. Ia juga berupaya merekod rakaman 4K pada 60 FPS.
  • Pro mempunyai saiz paparan 5.8″, manakala Pro Max pada 6.5″ dan kedua-duanya menggunakan paparan jenis Super Retina XDR.
  • dijana oleh A13 Bionic
  • Manakala mereka tidak memberitahu kapasiti bateri, mereka mendakwa Pro tahan 4 jam lebih lama berbanding iPhone Xs Max manakala Pro Max tahan 5 jam lebih lama.
  • Kedua-duanya mempunyai pengecas pantas 18W dalam kotak
Baca juga :  Xiaomi Mi 9 SE : 'Killer' Flagship Pada Harga Bajet

Kedua-dua model iPhone ini mempunyai variasi warna kelabu, perak, hijau dan emas. iPhone Pro mula dijual pada harga RM4899 dan iPhone Pro Max mula dijual pada harga RM5299 melalui Apple Online Store.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami