Berita Teknologi

Google Pixel 4 – Tarikh Pelancaran, Harga dan Berita

Google Pixel 4 merupakan salah satu peranti yang dinantikan oleh semua peminat di luar sana. Merupakan peranti Android terbaik dan pencabar utama Apple, telefon pintar Pixel 4 nampaknya sedia berperang dengan iPhone 11.

Nampaknya, reka bentuk telefon ini telah disahkan dan Google telah membawakan sesuatu yang berlainan pada peranti ini. Apa yang kita boleh lihat, perumah besar kamera itu menempatakan dwi-kamera dan flash LED serta sensor tambahan.

Walaupun tidak jelas lagi adakah Google akan menginovasikan reka bentuknya, sudah cukup untuk kita untuk menggambarkan Pixel 4 yang akan mendarat.

  • Berdasarkan laporan yang diterima, sudah pastinya ia akan menjalankan Android Q
  • Menggunakan paparan 5.7″ AMOLED QHD+ yang menyokong segar-semula pada 90Hz
  • Dijana oleh Snapdragon 855
  • Kapasiti storan sebesar 6GB RAM dan sehingga 128GB ROM
  • Kamera utama 12MP dan kamera telefoto 16MP
  • Kapasiti bateri sekitar 3000mAh
Baca juga :  Apa itu Dark Mode? | Youtube kini dengan Dark Mode

Ramai pihak yang percaya bahawa ia bakal hadir dengan 6GB RAM, di mana peranti sebelum ini yang dilengkapi dengan 4GB RAM adalah tidak mencukupi dengan isu kelemahan menguruskan memori.

Apa yang seronoknya tentang Pixel adalah kecekapan kecerdasan buatan dari Google dalam aplikasi kamera mereka. Khabar angin yang terkenal mendakwa Google menaik-taraf Night Sight dan menghasilkan Motion Mode – mengaburkan latar belakang walaupun subjek sedang bergerak. Selain itu, video promosi terbocor juga menunjukkan Astrophotography mode – membolehkan anda menangkap gambar bintang di angkasa lain daripada yang lain.

Fungsi terbaru juga bakal hadir pada Pixel 4 di mana ia juga amat luar biasa.

  • Motion Sense – mengawal peranti anda tanpa sentuhan
  • Face Unlock – bakal lebih canggih dari pengeluar lain
  • Privasi dan Keselamatan pengguna lebih terjamin
Baca juga :  Realme 5 & Realme 5 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan 4-Kamera

Tarikh Pelancaran

Pada awal pagi hari ini, Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan sebuah perasmian di New York pada 15 Oktober 10 Malam (waktu Malaysia) dan di mana mereka menjemput orang untuk melihat ‘beberapa barang baharu yang dibuat oleh Google”.

Ramai pihak juga yakin bahawa Google akan perkenalkan Pixel 4 dan Pixel 4 XL secara rasmi. Seperti Apple, Google juga hos event ini secara online menerusi YouTube:

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami