Berita Teknologi

Facebook Mungkin Buang Kiraan ‘Like’

Facebook mungkin buat perubahan

Pada hari ini, syarikat gergasi media sosial Facebook dilaporkan sedang mencuba ciri yang telah membuang kiraan sukaan pada status pengguna. Sebelum ini, Instagram telah menggantikan jumlah sukaan kepada nama likers sahaja dan ujian ini dilakukan di Kanada dan Brazil.

Jane Manchun Wong telah perasan bahawa Facebook sedang menyorok jumlah sukaan pada peranti Android beliau. Apabila TechCrunch menghubungi Facebook, mereka mengesahkan bahawa ia adalah hanya satu pertimbangan dan ujian tersebut masih belum dilaksanakan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker