Berita Teknologi

Berbaloi? Xiaomi Redmi 8A – 5000mAh & Pengecasan Pantas 18W Untuk Bawah RM400

Xiaomi membawakan kemaskini terbaru untuk telefon pintar kelas bajet

Xiaomi sudah pasti telah menjual lebih dari 10 juta unit telefon pintar Redmi setiap tahun. Mana taknya, mereka menjual pelbagai peranti dan telefon pintar pada harga yang murah dan bajet tetapi berkualiti telah mendorong mereka dalam penjualan yang sangat besar. Nampaknya, jualan Xiaomi pada tahun ini akan meningkat dengan hadirnya Redmi 8A, yang dikatakan agak berbaloi dengan harga dan teknologi yang ditawarkan.

Xiaomi Redmi 8A dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh bersama teknologi pengecasan pantas 18W dengan port jenis USB-C. Selain itu, ia hadir dengan spesifikasi Snapdragon 439, panel skrin paparan 720p bersaiz 6.22” dan dilindungi oleh Gorilla Glass 5 dan kalis-percikan air (P2i coating).

Baca juga :  Tunetalk RM48 : Unlimited Social, Chat & Call + 60GB Data Internet | Pencabar YES & U Mobile ?

Peranti ini mempunyai sensor kamera 12MP di belakang bersama 8MP di hadapan yang terletak pada takuk kecil jenis titisan air.

Redmi 8A akan mula dijual pada minggu hadapan dan mempunyai storan sehingga 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Peranti bajet ini mula dijual pada Rs 6499 iaitu sekitar RM383 sahaja.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami