Berita Teknologi

Barang Lagi Mahal ?! – Lazada Malaysia Bersedia Untuk Cukai Digital dari Kerajaan

Bagi menjana pendapatan untuk negara

Pihak kerajaan Malaysia bersedia untuk mengenakan cukai digital terhadap kesemua penyedia servis digital asing bermula Januari 2020 dan Lazada Malaysia juga telah bersedia untuk melaksanakan cukai ini. Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Kevin Lee berkata bahawa mereka gembira untuk melaksanakannya dan sedia memberi kerjasama kepada banyak agensi kerajaan.

Persoalannya, adakah harga barang akan meningkat ? Itu tidak pasti. Penguatkuasaan akan dikenakan terhadap orang di luar Malaysia yang mengendalikan platfom dalam talian bagi membeli dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan digital.

Tujuan perlaksanaan cukai digital ini adalah untuk menegahkan perniagaan tempatan dan juga menjana lebih pendapatan buat kerajaan Malaysia dari perniagaan yang tidak bertapak di Malaysia. Anda boleh baca lebih lanjut di SoyaCincau.

Baca juga :  Snapdragon 855 - Cipset CPU Untuk Peranti ‘High-End’ dari Qualcomm
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami