Berita Teknologi

Apple Special Event 2019 – Siaran Langsung di YouTube Pada 11 September Ini

Buat pertama kali, Apple akan mengadakan siaran langsung di YouTube untuk acara ini

Apple Special Event merupakan sebuah acara khas dari Apple di mana mereka akan memperkenalkan produk-produk mereka. Namun buat kali ini, ia adalah kali pertama mereka mengadakan siaran langsung melalui YouTube dan boleh diakses oleh semua pengguna pada awal pagi Rabu nanti. Sebelum ini, hanya pengguna Apple sahaja yang boleh melihat acara ini secara langsung melalui laman rasmi Apple sahaja.

Apple Inc menjadualkan acara ini akan berlangsung pada waktu PDT iaitu September 10 pada 10 Pagi (Waktu Malaysia: 11 September, pukul 1 pagi. Dengan menghoskan acara langsung menerusi YouTube, pengguna di seluruh dunia boleh menonton acara khas ini dengan cara yang mudah.

Namun, apakah isi yang bakal mereka tunjukkan kepada kita kelak ? Berikut adalah isi yang mungkin dibahaskan oleh Apple Inc, menurut laporan dari beberapa sumber luar negara:

  • Pengenalan siri iPhone 2019. Keluarga iPhone 11 mungkin ?
  • Model Apple Watch terbaru
  • Kemaskini Software. iOS 13 versi stabil akan dikeluarkan ?
  • Servis perkhidmatan akan datang: Apple Arcade dan Apple TV+
  • Aksesori Apple terbaru
  • iPad dan MacBook baharu ?

Segala persoalan dan khabar angin akan terjawab pada awal pagi Rabu nanti. Sama-sama kita nantikan !

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker