Apa Itu ?

Apple A13 Bionic – Cip Pemprosesan CPU dan GPU Paling Berkuasa !

Mainan baru dari Apple, mencabar Qualcomm dan pengeluar lain.

Sempena pelancaran iPhone 11, Apple telah mencipta sebuah cip pemprosesan terbaru untuk mengejutkan dunia! Generasi iPhone 11 kesemuanya hadir dengan cip pemprosesan A13 Bionic yang pastinya ‘berbaloi’.

Sedangkan A12 Bionic yang digunakan pada generasi iPhone X sudah paling berkuasa, kini A13 Bionic telah memintas A12 Bionic dan jauh memintas pengeluar yang lain. Mereka mendakwa, A13 Bionic merupakan Cip pemprosesan telefon pintar yang paling berkuasa.

Naib-Presiden Jurutera Silikon Sri Santhanam berkongsi sedikit maklumat berkaitan A13 Bionic. Kesemuanya telah dioptimasikan untuk pembelajaran mesin dan berupaya melaksanakan 1 trillion operasi setiap saat. A13 Bionic dilengkapi dengan CPU, GPU dan Neural Engine yang ditugaskan untuk bekerjasama apabila melakukan sebarang tugasan.

Apple menggunakan cip 7nm, menjadikannya lebih efisien berbanding A12 Bionic dengan jumlah transistor yang lebih banyak.

Baca juga :  GSC Perkenalkan ScreenX - Layar Panggung Seluas 270° Sudut Pandang

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker