Berita Teknologi

Android 10 Kini Tersedia Buat Pengguna Pixels

Google telah mengeluarkan versi yang stabil kepada umum

Android 10 yang dulu dikenali sebagai Android Q telah keluar dari beta. Ini bermakna, versi stabil Android 10 telah bersedia dan Google sedang menghantar kemas-kini terbaru ini kepada pengguna Pixels di luar sana.

Perubahan terbesar dalam visual adalah sistem baharu dengan tema gelap yang luas – di mana anda boleh menghidupkan mod gelap pada kesuluruhan telefon atau pada aplikasi tertentu sahaja. Google juga telah bekerjasama dengan pembangun tertentu untuk memastikan tema gelap berjalan dengan lancar.

Selain daripada tema gelap, ada juga perubahan besar yang lain dilakukan iaitu gestures navigasi, pengawal privasi dan kemaskini sistem Google Play. Malah, perubahan yang dilakukan terhadap pengawal notifikasi membolehkan anda untuk kekal sunyi dan mengubah kepentingan notifikasi. Fungsi Smart Reply juga ditambah untuk membolehkan anda membalas mesej menerusi aplikasi permesejan dengan lebih mudah.

Buat masa ini, pengguna Pixel terlebih dahulu yang akan menerima Android 10. Namun, syarikat pengeluar yang lain juga tidak akan ketinggalan untuk menghantar kemaskini Android 10 kepada pengguna mereka. Bagi pengguna selain Pixel, anda perlu tunggu kenyataan rasmi dari pengeluar sendiri untuk menikmati Android 10. Hal ini kerana, seperti Nokia dan Samsung – mereka sedang bekerja pada kemaskini Android 10 ini.

Baca juga :  Nubia Red Magic 3S Diperkenalkan - Snapdragon 855+, UFS 3.0 dan Sistem Penyejukan Terbina
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami