Berita Teknologi

Anda Boleh Merasai Kelajuan Rangkaian 5G di Pavilion Sehingga 6 Oktober !

Kerjasama antara Huawei dan Maxis untuk membawakan pengalaman kelajuan 5G di Malaysia

Pada masa ini, 5G adalah perkara yang ditunggu-tunggukan oleh penggemar teknologi di Malaysia. Di luar negara, teknologi rangkaian 5G telah digunakan di negara-negara besar. Namun, tiada masalah untuk kita bagi merasai kelajuan internet 5G dengan kerjasama antara Huawei dan Maxis ini.

Anda boleh merasai pengalaman rangkaian 5G di Huawei’s 5G Experiential Zone, Pavilion Elite sehingga 6 Oktober nanti. Zon ini boleh dijumpai tepat di hadapan Huawei Experience Store di dalam pusat beli-belah terbabit, di mana anda boleh mencuba kelajuan ‘gila’ 5G dan merasai bermain game VR awan tanpa gangguan latensi.

Semasa demo pembukaan, Huawei telah menggunakan peranti Huawei Mate 20 X 5G untuk demonstrasi kelajuan 5G – menunjukkan kelajuan sehingga 1.3Gbps, di mana ia merupakan kelajuan terpantas yang tersedia di Malaysia. Platform demonstrasi ini terbahagi kepada beberapa bahagian untuk pengunjung melihat keupayaan 5G, menikmati game VR dan zon ujian kelajuan rangkaian.

Jika anda ingin mencuba kelajuan 5G ini dengan peranti sendiri, pastikan telefon pintar anda menyokong 5G terlebih dahulu.

Baca juga :  Facebook, WhatsApp dan Instagram Sudah Tiada pada Huawei
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami