Berita Teknologi

Redmi Note 8 Pro – Kamera 64MP, Penyejuk Cecair & Helio G90T

Redmi tidak sabar melancarkan Note 8 Pro pada 29 Ogos ini

Redmi tidak sabar dan teruja untuk mula menjual Note 8 Pro setelah mereka mula menunjuk taring tentang peranti ini. Pada 29 Ogos nanti, Xiaomi akan melancarkan Redmi Note 8 Pro dan Redmi Note 8. Di India, siri Redmi Note merupakan keluaran yang laris kerana menawarkan nisbah harga dan pretasi yang cemerlang.

 

Apa yang menariknya, siri Redmi Note 8 akan menggunakan 4 gabungan kamera. Bagi Redmi Note 8 Pro, ia akan dilengkapi dengan sensor 64MP ISOCELL Bright GW1 dari Samsung manakala Redmi Note 8 hanya menggunakan sensor 48MP Sony IMX586.

Peranti ini akan dikuasakan oleh cipset dari Mediatek iaitu 12nm Helio G90T yang cemerlang dan mempunyai skor ujian AntuTu yang tinggi. Ia mempunyai pretasi seperti Kirin 810 dan Snapdragon 710.

Baca juga :  Spesifikasi Rasmi PlayStation 5 Telah Diumumkan oleh Sony

Apa yang menariknya, ia juga hadir dengan sistem penyejukan dalaman cecair dan sangat efektif. Ketika cip pemprosesan di bawah tekanan penuh, sistem penyejukan ini boleh mengurangkan suhu secara efisien sehingga 6 darjah Celcius. Ini menawarkan pengalaman gaming yang lebih sempurna buat pengguna.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker