Berita Teknologi

Realme C2 Turun Harga Kepada RM349 – Definisi Sebenar Juara Peranti Bajet Terbaik

Diskaun sebanyak RM80 dan berpeluang menangi hadiah bernilai RM59.90

Realme merupakan sebuah pengeluar telefon pintar yang sedang menempah populariti di Malaysia dan boleh dikatakan pencabar kepada Xiaomi dalam penghasilan peranti bajet.

Dalam meniliti bulan Merdeka, Realme Malaysia menawarkan tawaran khas yang mampu milik untuk peranti Realme C2. Harga rasmi yang ditawarkan selama ini adalah berharga RM429 tetapi boleh menjadi milik anda semua pada harga RM349 pada 5 Ogos ini. Selain itu, 50 pembeli terawal akan menerima hadiah tambahan yang bernilai RM59.90 iaitu botol eksklusif Realme dan microSD 32GB.

Promosi ini hanya tertakluk pada model Realme C2 yang mempunyai spesifikasi 2GB/16GB yang tersedia dalam Diamond Blue dan Diamond Black. Namun, model atau spesifikasi lain tidak dinyatakan.

Seimbas sekali, Realme C2 menawarkan pengalaman yang cemerlang bagi telefon dengan bajet yang rendah. Ia hadir dengan skrin paparan 6.1″ HD+ dengan takuk jenis Drew-drop. Ia dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P22 yang sudah ‘berkuasa’ untuk memainkan permainan video PUBG Mobile pada grafik sederhana tanpa masalah lag dan tidak lancar.

Baca juga :  Tahukah anda bahawa Apple pernah disaman beberapa kali?

Selain itu, ia hadir dengan gabungan 13MP+2MP pada belakang peranti dan kamera swafoto 5MP. Telefon ini dibekalkan kuasa dengan bateri sebesar 4000 mAh yang dicaskan melalui port microUSB. Ia mempunyai bicu audio 3.5mm dan ia menjalankan operasi ColorOS 6.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Sekadar pendapat, dengan harga RM349, anda patut memiliknya sebelum mereka kehabisan stok. Dengan penawaran skrin yang lebih besar, kapasiti bateri yang gergasi dan dijana dengan cip pemprosesan yang baik – pastinya ia berbaloi tanpa mengosongkan akaun bank anda. Ingat, tawaran ini hanya sah pada 5 Ogos sahaja di kedai rasmi Realme di Shopee.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami