Berita Teknologi

Promosi 62GB Percuma dari Hotlink kini Kembali !

Sempena Menyambut Hari Kebangsaan Ke-62

Berita baik buat pengguna Hotlink di luar sana kerana mereka menawarkan promosi gila-gila kembali. Setelah promosi ini disambut meriah pada tahun-tahun sebelum ini, nampaknya ramai yang bakal merebut peluang ini.

Sempena Hari Kebangsaan Ke-62, Hotlink menawarkan 62GB data internet kepada para pelanggan secara percuma dengan bersyarat. Syaratnya adalah melakukan pembelian HotlinkMU dengan membeli mana-mana tawaran GIGA Sale melalui aplikasi Hotlink Red App. Secara automatik, data internet berjumlah 62GB akan dikreditkan ke dalam akaun selepas pembelian disahkan.


Adakah data internet percuma ini terikat dengan apa-apa syarat ? Jawapannya adalah tidak. 62GB tersebut adalah kuota penuh tanpa syarat dan bebas. Ini bermakna, pelanggan bebas untuk memuat-turun atau  memuat-naik melalui apa-apa aplikasi tanpa masalah dan pada bila-bila masa.

Baca juga :  WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Panggilan Berkumpulan

Mudah sahaja, pelanggan hendaklah memuat-turun aplikasi Hotlink Red terlebih dahulu. Ia tersedia pada Android dan juga iOS. Seterusnya, di tab Utama – pilih mana-mana tawaran HotlinkMU GIGA yang ditawarkan kepada anda. Akhir sekali, pelanggan hendaklah membuat pembayaran dan mengesahkan pembelian. Anda dikehendaki untuk tunggu seketika dan melakukan segar aplikasi semula untuk status bonus 62GB.

Berkaitan tawaran HontlikMU GIGA pula, ia adalah tawaran eksklusif dan berbeza untuk setiap pelanggan. Dengan tawaran serendah RM3 untuk 2.5GB selama 1 hari, anda boleh menerima bonus 62GB data internet dari Hotlink.

 

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami