Apa Itu ?

MakCik Travels – Alternatif Grab Buat Golongan Wanita Yang Lebih Selamat dan Terjamin

Ditubuhkan pada November tahun lalu menawarkan perkhidmatan e-hailing.

Keselamatan buat golongan wanita dititik-beratkan dari setiap sudut. Banyak kes berkaitan pengangkutan awam dan penindasan wanita telah direkodkan sepanjang hari. Demi menawarkan pengangkutan awam yang lebih selamat buat golongan wanita dalam perkhidmatan e-hailing, MakCik Travels telah ditubuhkan.

Perkhidmatan ini hanya dibuka untuk penumpang wanita sahaja dan pemandunya adalah wanita. MakCik Travels menawarkan pemanduan yang selesa buat kaum hawa yang ingin bergerak ke mana-mana sahaja.

Kaedah Pemesanan Perkhidmatan

MakCik Travels hanya menggunakan kaedah manual buat masa ini. Ini bermakna, anda boleh memesan pemandu melalui WhatsApp atau Facebook sahaja. Pelanggan hendaklah membuat tempahan awal supaya proses mencari pemandu, destinasi dan kiraan kos perjalanan dapat dibuat.

Mereka menambah, pelanggan perlu menempah perjalanan sekurang-kurangnya 30 minit awal supaya proses pengurusan berjalan dengan lancar. Tambahan lagi, terdapat lebih dari 100 pemandu wanita yang berdaftar di beberapa bandar terkenal di Malaysia:

  • Kuala Lumpur: 90
  • Taiping, Perak: 15
  • Kota Bharu, Kelantan: 5
  • Johor Bharu, Johor: 5
Baca juga :  CARDEA Liquid M.2 PCIe SSD - Yang Pertama Dengan Penyejuk Cecair Terbina

Mereka berkata lagi, kos perjalanan adalah lebih murah berbanding perkhidmatan e-hailing yang lain kerana mereka mengenakan cas komisen yang rendah. Bagi maklumat penuh, anda boleh pergi ke Facebook MakCik Travels atau membuat tempahan melalui Laman Utama MakCik Travels.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami