Lain-Lain

Kandungan YouTube Premium Kini Boleh Diakses Secara PERCUMA!

Bermula 24 September, pengguna boleh mengakses YouTube Premium secara percuma

Siri asli, filem dan siaran langsung dari YouTube Premium boleh diakses oleh pengguna secara percuma mulai 24 September. Pihak YouTube berkata, pengguna boleh menonton mana siaran atau video tertentu pada suatu masa dan akan lihat iklan semasa menonton.

Pelanggan Premium boleh menonton kandungan khas tanpa iklan dan boleh memuat turun bagi tontonan di luar talian. Bagi pelanggan premium juga, mereka akan kekal eksklusif dengan kandungan khas seperti potongan pengarah dan lain-lain.

Buat masa ini, langganan YouTube Premium memerlukan kos sehingga $11.99 (~RM50) sebulan setelah tempoh percubaan 30 hari secara percuma. Akan datang, ia bakal berubah.

Menurut TechCrunch, Cobra Kai – siri drama-komedi boleh didapati secara percuma bersama iklan dari 29 Ogos sehingga 11 September.

 

Baca juga :  Jenis Keluaran Filem Yang Dicetak Rompak (CAM, RIP..)
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker