Berita Teknologi

Isu iPhone dan Pemasangan Bateri Oleh Pihak Ketiga

Mereka ingin mengutamakan keselamatan pengguna.

Kecoh baru-baru ini di Twitter seorang pemuda yang menaiki bas menghadapi detik cemas apabila telefon pintar iPhone miliknya meletop. Difahamkan, mangsa ini menukar bateri telefonnya di kedai pihak ketiga dan bukannya di Apple.

Secara umumnya, banyak kes letupan telefon pintar yang direkodkan setiap hari di seluruh dunia. Sebenarnya, bateri adalah berbahaya kerana mempunyai bahan kimia dan berupaya melepaskan tenaga yang banyak sehingga menyebabkan letupan.

Baca juga :  PANAS ! Unlimited Data Hanya RM30 Sebulan Sahaja !!

Bagi menjamin keselamatan pengguna, Apple telah menghadirkan ciri baharu yang membawa amaran terhadap pengguna. Amaran ini akan muncul apabila pengguna telah menukar bateri iPhone dengan pihak ketiga, walaupun menggunakan bateri asli dari Apple sendiri. Apple mengesahkan bahawa penukaran bateri hendaklah dilakukan oleh pasukan Apple sendiri untuk menghilangkan amaran tersebut.

Namun, Apple tidak melarang kepada pengguna untuk menukar bateri dengan pihak ketiga. Hal ini kerana objektif mereka adalah memastikan pengguna mereka selamat.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami