Berita Teknologi

Huawei Akhirnya Perkenalkan Harmony OS Secara Rasmi

Huawei berjaya menghasilkan sistem operasi mereka sendiri

Seperti yang sedia maklum, presiden AS telah menghalang Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat dari negara mereka. Ini menyebabkan Huawei dilarang menggunakan sistem operasi Android dari Google. Oleh itu, Huawei telah bertungkus lumus untuk menghasilkan sistem operasi mereka tersendiri, iaitu Harmony OS.

Walaupun larangan tersebut telah ditarik, Huawei tetap membangunkan Harmony OS sebagai pelan sandaran. Bagi yang keliru, Harmony OS merupakan nama pada peringkat antarabangsa di mana sebelum ini ia dinamakan sebagai HongMeng OS.

Harmony OS merupakan sebuah sistem operasi yang unik, berbeza dengan Android dan iOS kerana mampu digunakan pada pelbagai peranti termasuklah PC, telefon pintar, jam tangan pintar dan tablet.

Pada pagi Jumaat, Huawei telah perkenalkan Harmony OS di Developer Conference, China. CEO Huawei, Richard Yu mengesahkan bahawa sistem operasi ini boleh dipasang pada peranti Huawei, tetapi mereka akan kekal menggunakan Android. Beliau juga berkata pengguna dengan mudahnya bertukar kepada Harmony OS apabila Android disekat pada masa akan datang.

Harmony OS bukan berasakan Android Open Source Project tetapi ia adalah suatu yang baharu, ia berasaskan mikro-kernel yang pertama yang dibina untuk semua peranti. Peranti pertama yang bakal menggunakan Harmony OS adalah Honor Vision TV yang baru saja dilancarkan pada hari ini.

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker