Berita Teknologi

Facebook Sedang Membangungkan Tema Gelap Buat Aplikasi Telefon

Namun, belum pasti bilakah ciri ini dikeluarkan.

Seperti yang kita tahu, tahun 2019 adalah tahun bagi tema gelap untuk semua aplikasi. Tahun ini, kita nampak Google menghadirkan ciri tema gelap pada Android Q dan Apple juga menyediakan ciri ini pada iOS 13.

Nampaknya, pembangun aplikasi kini sedang berusaha untuk menyediakan persekitaran yang baik buat kesihatan mata dan penglihatan. Kebanyakkan aplikasi Google seperti YouTube, Calender dan GBoard telah dilengkapi dengan ciri ini.  Facebook juga telah menghasilkan Messenger yang menyokong tema gelap pada awal tahun ini.

Kini, Facebook dilaporkan sedang membangunkan tema gelap buat aplikasi Facebook, menurut penyelidik aplikasi Jane Manchun Wong. Reka bentuk tema gelap masih belum disiapkan dan tidak bersedia buat tatapan umum. Menurut Jane, ia masih pada peringkat awal dan mengambil masa untuk menyiapkannya pada keseluruhan aplikasi Facebook.

 

Baca juga :  Huawei Mate 20 Pro Bakal Kembali ke Pangkuan Android
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami