Berita Teknologi

Jom Lihat Asus ROG Phone 2 Secara Rasmi – Pasti Meleleh Buat Kaki Gamer

Tiada bantahan, tiada komen. Asus ROG Phone 2 buat ramai teruja.

Setelah banyak spekulasi hangat berkaitan peranti gaming dari Asus ini, akhirnya spesifikasi rasmi telah disebarkan kepada media dunia. Asus ROG Phone 2 ini menfokuskan spesifikasi gila untuk para gamer di luar sana. Asus ROG Phone 2 ini juga turut berkolaborasi bersama pembangun permainan video terkemuka, Tencent.

Desas-desus akhirnya terjawab sendiri oleh pihak Asus. Ia hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz FHD+ bersaiz 6.59 inci. Peranti raksasa ini yang pertama dan dijanakan oleh Snapdragon 855 Plus bersama 12GB RAM. Jenis storan dalaman yang digunakan adalah UFS 3.0 512GB dan pastinya segala ‘loading’ pada telefon akan menjadi pantas. Telefon pintar ini dikuasakan oleh ROG UI yang berasaskan Android 9 Pie.

Baca juga :  Kriptowang dari Facebook - "Libra" Akan Dilancarkan Pada 2020

Dalam seni fotografi pula, ia didatangi dengan kamera swafoto 24MP bersama dwi-kamera kamera belakang iaitu 48MP + 13MP. Apa yang menariknya juga, ia masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan pengecasan pantas 30W HyperCharge bersama port jenis USB-C. Malah, ia menyokong pengimbasan cap jari pada paparan dan kapasiti baterinya adalah luar biasa – bukan 5000mAh, bukan 5800mAh.. tetapi pada 6000mAh.

Erti gaming pada para gamer juga memerlukan ‘lip-lap’… yakni merupakan lampu LED RGB yang digemari oleh para gamer sejati. Malah, gamer juga memerlukan imej yang ganas ketika berperang. Memahami situasi tersebut, Asus menambah reka bentuk garang pada ROG Phone 2 ini dan ciri AirTrigger ditambah baik.

Baca juga :  Battle Royale di Dunia Sebenar ?!!

Apabila anda membeli ROG Phone 2, anda bakal menerima sejumlah aksesori yang ‘bukan biasye-biasye’:

  • AeroActive Cooler III
  • Aero CAs
  • TwinView Dock II
  • ROG Kunai Gamepad
  • Mobile Desktop Dock
  • Pro Dock
  • Display Dock Plus
  • ROG Lighting Armor Case

Namun, peranti ini masih belum dipasarkan tetapi bakal tersedia pada minggu hadapan di pasaran China. Bagi pasaran global pula, ia dijadualkan pada awal bulan September kelak. Harga jualan peranti ini masih belum didedahkan oleh pihak Asus.

 

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami