Apa Itu ?

Data Tanpa Had Unifi Mobile RM59 Sebulan – Pelan Pek Jasa

Pelan khas buat semua penjawat awam dari Unifi

#khabarbaik dari Unifi buat semua. Mereka menawarkan tawaran eksklusif khas buat penjawat awam di Malaysia dengan pelan mudah alih tanpa had serendah RM59 sebulan. Mereka juga menyatakan bahawa pelan ini bebas kontrak dan anda bebas daripada denda atau penalti. Pada asalnya, Unifi Mobile adalah berharga RM99 tetapi anda boleh menikmatinya pada harga RM59 melalui Pek Jasa.

Pek Jasa telah dilancarkan pada tahun 2018 kepada guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bergred DG, ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berdaftar, Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pakej ini kemudiannya turut dibuka kepada semua penjawat awam berstatus TETAP kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,termasuklah kepada anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia, dengan syarat mereka menggunakan model telefon Band 5 seperti yang tertulis di dalam Terma dan Syarat.

Servis pascabayar ini menawarkan data internet tanpa had dan anda tidak terikat dengan sebarang kontrak. Liputan Unifi boleh didapati di seluruh Malaysia. Pendaftaran adalah percuma dan anda perlu membuat permohonan secara online dan tunggu kelulusan. Selepas pengesahan, kad SIM akan di hantar ke rumah anda secara percuma.

Baca juga :  Perbezaan Laptop - Notebook, Chromebook dan Macbook

Pelan Pek Jasa ini menawarkan data, panggilan dan SMS tanpa had sepanjang hari dan setiap hari serta 10GB untuk LTE Hotspot pada harga RM59 bulanan.

LTE hotspot bermakna anda boleh menghidupkan hotspot apabila berada dalam liputan 4G sahaja. Jika kehabisan kuota hotspot, anda boleh membeli kuota tambahan dengan kadar 500MB/RM8.

Untuk melakukan permohonan pelan Unifi ini, anda boleh pergi ke Pek Jasa Unifi Mobile. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat pada Soalan Lazim dan Terma & Syarat.

 

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami