Apa Itu ?Berita Teknologi

CARDEA Liquid M.2 PCIe SSD – Yang Pertama Dengan Penyejuk Cecair Terbina

Inovasi terkini daripada TeamGroup.

Suhu adalah musuh ketat kepada para gamers dan pengguna PC di luar sana. Suhu tinggi yang melampau dalam jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan kerosakan kepada komponen elektronik dalam komputer dan memendekkan jangka hayat.

Umumnya penyejukan cecair hanya dibina untuk CPU dan GPU, kini TeamGroup bersama inovasi terkini telah menghasilkan sebuah produk SSD dengan penyejuk cecair terbina pertama di dunia. Mereka mendakwa ia akan mengekalkan pretasi terbaik buat SSD dan kelajuan bacaan boleh mencecah sehingga 3.4 Gbps. Dengan kelajuan tersebut, ia boleh meningkatkan kelajuan dan pretasi keseluruhan sistem.

SSD ini menyokong protokol terbary NVMe 1.3 dan teknologi S.M.A.R.T./TRIM yang boleh melihat status efisien sesebuah storan dan menghasilkan pretasi yang cemerlang. Produk ini berupaya menurunkan suhu sebanyak 10 darjah untuk menghalang sistem hancur disebabkan panas berlebihan dan mengekalkan sistem yang stabil.

SSD ini menggunakan struktur reka bentuk yang ringkas dan berkualiti tinggi. Mudah dijaga, para pengguna boleh menambah cecair penyejuk sendiri apabila penanda aras cecair berkurangan.

Baca juga :  Xiaomi Bakal Melancarkan Telefon Pintar dengan Kamera 48 MP ?!

Bagi yang berminat, anda boleh lihat produk itu sendiri di laman rasmi TeamGroup.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami