Berita Teknologi

Senarai Terbaru – Peranti Huawei Yang Akan Menerima Android Q

Berita baik untuk pengguna Huawei

Laporan dan spekulasi sebelum ini memberitahu bahawa Huawei sedang membangunkan sistem operasi mereka sendiri. Ini menimbulkan tanda tanya kepada pelanggan yang telah membeli telefon pintar sebelum sekatan dari Amerika Syarikat dibuat.

Seperti yang dimaklumkan oleh Huawei, hanya 11 model yang bakal menerima kemaskini Android Q. Terbaru, Huawei menambah lagi 5 model dan menjadikannya 16 buah kesemuanya.

Berikut adalah senarai peranti yang bakal dikemaskini kepada Android Q:

(5 model yang baru ditambah)

  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 20 RS
  • Huawei Mate 20 X
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 10
  • Huawei Mate 10

Senarai peranti terdahulu:

  • Huawei P30 Pro
  • Huawei P30
  • Huawei P30 Lite
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20
  • Huawei Mate 20X 5G
  • Huawei P Smart 2019
  • Huawei P Smart+ 2019
  • Huawei P Smart Z
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P20
Baca juga :  Storyline - Versi ‘Story’ Pada Spotify Yang Sedang Diuji

Hubungan antara Huawei dan Google masih dalam keadaan yang baik. Pengasas Huawei, Rez Zhengfei berkata jika Huawei tidak mendapat sokongan Android, maka Google akan kehilangan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada syarikat Google Inc.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami