Apa Itu ?

Robot Itik ini Merupakan Pembantu Peladang di Jepun

Robot comel ini dicipta oleh jurutera dari Nissan.

Industri pertanian di Jepun bertambah maju dengan ciptaan robot unik ini. Tradisonalnya, itik digunakan oleh pesawah untuk melindungi tanaman mereka daripada diserang rumput liar, serangga dan sumber baja organik.

Namun, penggunaan itik juga memakan kos kerana perlu dijaga rapi untuk memastikan mereka sentiasa sihat. Oleh itu, jurutera Nissan, Tesuma Nakamura mencipta robot berkenaan untuk membantu rakannya.

 

Robot ini menggunakan Wi-Fi, bateri, kuasa solar dan GPS untuk menjejak ladang dan menjejak lokasi robot ini. Walaupun robot ini dikatakan berjaya dalam melakukan tugasnya, Nissan tidak bercadang untuk menghasilkan atau menjual robot ini, ia hanyalah sebuah projek kecil oleh jurutera mereka yang mendapat sokongan penuh dari Nissan.

Baca juga :  Google Photos: FREE Tapi Sangat Hebat !

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami