Lain-Lain

Rindu FIFA Street ? Kini Kembali Pada FIFA 20 Dalam Mod Volta

Berita baik untuk peminat futsal di luar sana!

FIFA Street merupakan permainan video yang meletop pada suatu ketika dahulu. FIFA Street merupakan game dari EA Sports yang mempunyai pelbagai skill dan trik yang diperkenalkan. Sememangnya seronok kerana mempunyai kuasa tersendiri dan digemari ramai. Berikut adalah siri keluaran FIFA Street;

Edisi terbaru dari mereka adalah keluaran tahun 2012 dan ramai yang sedang ternanti-nanti edisi yang terbaru. Memahami kehendak ramai, EA Sports perkenalkan Mod Volta dalam FIFA 20 untuk permainan futsal.

Mod Volta pada FIFA 20 ini bakal tiba di platform PS4, Xbox One, dan edisi PC. Manakala platform Nitendo Switch tidak akan menerima mod Volta ini.

Mod Volta

Mod Volta ini adalah mirip kepada FIFA Street yang bercirikan futsal. Volta membawakan permain bola sepak ke jalanan yang penuh dengan unik, kreativiti and gaya permainan yang kecil sebelah. Bermakna ia akan dimainkan oleh 3 atau 5 orang pada sebelah pasukan berbanding 11 orang.

Baca juga :  Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama & Padu !

Mod Volta mengandungi sub-mod, dimana boleh dimainkan oleh avatar lelaki atau perempuan. Dunia Volta membolehkan anda membina pasukan anda sendiri, seperti Volta Story yang memerlukan anda memilih seorang pemain mengikut skrip permainan.

Tambahan pula, anda boleh pilih pasukan kegemaran profesional anda ke gelanggang futsal dalam Volta Kick-Off. Bukan itu sahaja, anda boleh bermain secara online dalam Volta League yang menawarkan Ranking.

Anda boleh lihat sedikit video berkaitan mod Volta pada trailer FIFA 20 ini:

Edisi terbaru FIFA sering tiba pada penghujung bulan September, dan rasminya mereka memilih tarikh 27 September untuk pelancaran. FIFA 20 mempunyai banyak pembaharuan dari segi kecerdasan buatan ketika bertahan dan enjin permainan.

Baca juga :  Apa itu VPN? | 5 VPN Terbaik Percuma
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami