Berita Teknologi

Realme Menjadi Pengeluar Pertama Dengan Kamera 64-MP

Jika kita lihat kebelakangan ini, telefon pintar selalunya dilengkapi dengan sensor kamera daripada Sony 48MP. Ia diguna-pakai secara meluas dalam kedua-dua kategori iaitu kelas pertengahan dan atasan. Namun, Samsung mungkin akan mengatasi Sony dengan sensor kamera terbaru dari mereka iaitu 64MP GW1. Dan pengeluar pertama yang akan menggunakan teknologi ini berkemungkinan adalah Realme.


CEO Realme, Madhav Sheth telah mengumumkan pada pagi ini melalui Twitter bahawa syarikat tersebut sedang berusaha menghasilkan telefon pintar yang menggunakan sensor kamera 64MP GW1 dari Samsung.

Sensor ini menawarkan resolusi yang lebih tinggi berbanding sensor kamera terbaik sekarang iaitu 48MP dari Sony. Mereka menggunakan teknologi yang dipanggil Pixel Binning atau Tentracell Technology – yang berupaya menggabungkan 4 pixel menjadi satu untuk meningkatkan sensitivity terhadap cahaya.

Baca juga :  Apple iPad Mungkin Hadir sebagai Laptop Mudah alih

Melihat pada gambar yang dikongsi oleh CEO itu, tanpa ragu-ragu, lihat saja pada watermark di bahagian bawah kiri di mana tertulisnya “64MP Al Quad Camera”. Dari itu, kita oleh menjangkakan peranti seterusnya dari Realme akan membawakan 4 kamera utama. Beliau juga berjanji bahawa Realme akan melancarkan peranti ini di India terlebih dahulu. Jom kita lihat lebih lanjut gambar yang ditangkap oleh prototaip ini melawan peranti kelas atasan yang lain:

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami