Berita Teknologi

Pengguna iPhone Boleh Mencuba iOS 13 Beta

Sebelum ini, Apple telah mengumumkan iOS 13 pada awal bulan Jun ini di WWDC 2019. iOS 13 hadir dengan ciri yang menarik dan berupaya meningkatkan pretasi peranti iPhone. Kini, versi beta iOS 13 dan iPadOS boleh dicuba oleh pengguna.

Oleh disebabkan ia merupakan versi beta, pengguna perlulah bersedia untuk menghadapi masalah dari segi pepijat, ketidakstabilan sistem, atau jangka hayat bateri yang cepat habis. Berikut adalah senarai peranti Apple yang menyokong iOS 13:

• iPhone XS

• iPhone XS Max

• iPhone XR

• iPhone X

• iPhone 8

• iPhone 8 Plus

• iPhone 7

• iPhone 7 Plus

• iPhone 6s

• iPhone 6s Plus

Baca juga :  Shopee Live - Apa Yang Korang Perlu Tahu

• iPhone SE

• iPod touch (Generasi ke- 7)

Selalunya, versi beta ini dipasang pada peranti dan pengguna perlu memberi maklum balas apa yang berlaku pada telefon pintar mereka, Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar dan mencuba sistem operasi iOS 13 di laman Apple Beta Software Program . Manakala versi penuh dan stabil telah dijadualkan pelancarannya pada bulan September depan.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami