Berita Teknologi

Pembunuh Takuk – OPPO Perlihatkan Video Peranti Dengan Kamera di Bawah Skrin

OPPO dikatakan bersedia untuk melancarkan peranti inovasi terbaru mereka dengan kehadiran video promosi daripada mereka. Video yang dikongsikan oleh mereka ini menunjukkan evolusi rekaan telefon pintar keluaran mereka dari dulu sehingga ini.

Kita boleh lihat pada saat ke-11, terdapat animasi pada seluruh skrin yang menunjukkan kamera di bawah skrin mula diaktifkan. Untuk lihat lebih teliti, sila perlahankan kelajuan video kepada 0.25x. OPPO dijangka akan perkenalkan peranti ini pada 26 Jun di acara MWC Shanghai 2019. Persoalannya, adakah ia sekadar prototaip ataupun model yang bakal dijual ? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga :  Jom Lihat Asus ROG Phone 2 Secara Rasmi - Pasti Meleleh Buat Kaki Gamer
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami