Berita Teknologi

Oppo dan Xiaomi Perlihatkan Telefon Unik Terbaru Kepada Umum

Pada 3 hari lepas, Oppo telah perlihatkan sebuah telefon pintar tanpa sebarang takuk dan kamera bermotor/pop-naik. Mereka membawa konsep dan megnhasilkan peranti kamera pertama di bawah skrin. Video tersebut dimuat naik oleh Oppo rasmi di Twitter tanpa maklumat penuh. Apa yang kita boleh nampak hanyalah peranti yang mempunyai kamera hadapan tanpa takuk, lubang di atas skrin ataupun kemanisma kamera pop naik.

Selepas beberapa jam Oppo memuat naik video tersebut, presiden Xiaomi Lin Bin juga menghantar video ke media sosial Weibo berkaitan Xiaomi Mi 9 – yang hadir dengan kamera hadapan berada pada di belakang skrin telefon. Ini bermakna juga tanpa sebarang takuk dan lain-lain.


Kedua-dua ini hanyalah prototaip dan bukan model rasmi yang telah dilancarkan. Namun, konsepnya sudah ada dan mereka bakal perbaiki dari setiap aspek. Bagi pendapat anda, adakah hasilnya juga berkualiti seperti telefon yang sedia ada?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker