Berita Teknologi

Nokia Melancarkan Perantinya Termurah yang Dikuasai Android Q

Pada 6 Jun yang lalu, Nokia melancarkan peranti bajet yang mempunyai kecanggihan teknologi AI dan dikuasakan dengan Android Pie yang diberikan nama Nokia 2.2. Namun apabila Android Q dilancarkan, ia akan terlebih dahulu menggantikan Android Pie dalam peranti ini.

Disebabkan Nokia 2.2 ini akan dikuasakan oleh OS terbaru Google, maka ia akan mendapat manfaat daripada teknologi AI terkini di pasaran iaitu pengguna boleh mengakses Google Assistant dengan mudah – melalui butang khusus di sisi – untuk bertanya soalan, menyesuaikan lampu, atau menyemak jadual mereka.

Dalam konteks hardware pula, prosessornya dikuasakan oleh MediaTek Helio A22. Peranti ini hadir samada 2GB RAM atau 3GB RAM dan mengandungi storan 16 GB dan 32 GB. Bagi kamera pula peranti ini mempunyai kamera 5MP dihadapan yang turut digunakan untuk face unlock. Nokia berjanji bahawa kamera belakangnya 13MP akan menghasilkan hasil gambar yang jelas tidak kira bagaimana keadaan pencahayaannya.

Baca juga :  Nubia Red Magic 3S Diperkenalkan - Snapdragon 855+, UFS 3.0 dan Sistem Penyejukan Terbina

Peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi di Eropah untuk € 99 (RM464 atau kira-kira US $ 112) dan di India untuk 6,999 rupee (RM418) sahaja!

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami