Lain-Lain

“Mengarut !” – FedEx Menghalang Telefon Huawei dihantar ke US dari UK

Telefon tersebut dihantar semula ke pengirim asal

Kesan daripada Amerika Syarikat bukanlah satu perkara yang kecil. Terbaru, FedEx dilaporkan menyekat penghantaran ke Amerika Syarikat yang melibatkan produk dari Huawei.

Salah seorang penulis di PCMag telah mengirimkan Huawei P30 Pro kepada pekerja mereka di Amerika Syarikat. Peranti tersebut telah dikirim melalui Parcelforce dan FedEx, dan dalam penghantar antarabangsa, model P30 perlu ditulis pada borang penghantaran.

Selepas kiriman tersebut berlepas dari London, UK, P30 Pro ini tiba di Indianapolis, Amerika Syarikat. Namun, selepas beberapa jam dilewatkan, kiriman ini kembali semula ke London.

Baca juga :  Pengguna Telegram Boleh Wujudkan Perbualan Kumpulan Berdasarkan Lokasi & Menambah Kenalan Berdekatan
Huawei P30 Pro – Kredit: Mashable

PCMag telah menghubungi pasukan pelayan pelanggan Parcelforce berkaitan isu tersebut, mereka berkata “Disebabkan isu antara kerajaan AS dan Huawei, kami tidak menerima apa-apa barangan yang berkaitan.”

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami