Lain-Lain

“Mana kereta saya ?” – Google Assistant Boleh Bantu Anda !

Lupa dah letak kenderaan dekat mana ? Jangan risau, Google Assistant kan ada.

Siapa yang tak pernah lupa letak kenderaan di mana kan ? Jika anda sering mengambil masa yang lama, Google Assistant boleh membantu ada. Ia akan mengingatkan anda tempat di mana anda letak kenderaan secara automatik.

Bergantung pada sejarah anda pada Google Maps, Google Assistant boleh mencari kereta anda dengan menganalisis di mana anda berhenti memandu dan mula berjalan. Dan tidak, anda tidak perlu buat apa-apa. Ia adalah kecerdasan buatan dari Google. Namun, ia mungkin tidak menunjukkan kedudukan yang tepat kerana ketepatan GPS adalah 5 meter dan lain-lain. Tetapi, ia masih berguna.

Walaupun fungsi seperti ini telah wujud dalam Google Maps, anda perlu tandakan lokasi anda secara manual selepas meletakkan kereta. Itulah masalahnya, dan Google Assistant boleh melakukan tugas itu. Pada masa ini, fungsi ini hanya tersedia kepada beberapa pengguna sahaja, tapi Google akan implemasikan sedikit demi sedikit pada masa akan datang. Adakah ini membuktikan Google Assistant merupakan pembantu manusia yang terbaik?

Baca juga :  Istilah & Perkataan Yang Terkenal Dalam Dunia Hacker
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami