Berita Teknologi

Kriptowang dari Facebook – “Libra” Akan Dilancarkan Pada 2020

Libra secara rasminya akan hadir pada tahun 2020 dari Facebook

Facebook pada hari ini telah mengumumkan sebuah kriptowang yang dinamakan sebagai Libra, dan e-Wallet bagi Libra adalah Calibra. Facebook mendedahkan perkara ini melalui Facebook Newsroom. Sudah pastinya, Facebook akan mengubah dunia kewangan akan datang.

Facebook perkenalkan Calibra kerana ia mudah, selamat dan boleh diakses di mana-mana untuk melakukan transaksi. Mereka percaya bahawa ramai di dunia yang tidak mempunyai akaun bank, tapi mempunyai akses kepada internet dan telefon pintar. Dengan penciptaan e-Wallet Calibra, kriptowang yang digunakan adalah Libra.

Mereka meletakkan objektif bahawa Calibra akan memudahkan dunia kewangan, seperti perpindahan Libra kepada rakan dengan mudah seperti menghantar pesanan, bayar bil ultitili dengan satu ketikan, dan membeli sarapan pagi dengan pengimbasan kod.

Libra merupakan kriptowang dan umumnya kriptowang adalah tidak stabil. Namun, Facebook akan menjaga kestabilan kriptowang ini melalui The Libra Reserve. Maka, pembelian Libra ini tidaklah berisiko seperti kriptowang digital yang lain.

Baca juga :  Rekaan Huawei Mate 30 Pro Tertiris - Gabungan Empat Kamera ?

Calibra ini merupakan e-Wallet yang boleh diakses melalui sebuah aplikasi, yang akan diintegrasi kepada Messenger dan WhatsApp apabila ia dilancarkan pada 2020 kelak.

Kriptowang Libra ini dibina oleh organisasi bukan-untuk-keuntungan, di mana Facebook berkata ia disokong dari pelbagai pihak termasuklah Mastercard, PayPal, Visa, eBay, Lyft, Spotify dan Uber.

Soal privasi, Facebook menekankan bahawa mereka tidak akan berkongsi data pengguna antara Calibra dengan Facebook . Ini bermakna, mereka tidak akan mengumpul data anda untuk tujuan pengiklanan.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami