Perbandingan

Huawei Nova 5 vs Huawei Nova Pro vs Huawei Nova 5i

Huawei baru saja lancarkan siri Huawei Nova 5

Terbaru, Huawei baru sahaja melancarkan siri Huawei Nova 5 di mana membawakan 3 model iaitu Nova 5, Nova Pro dan Nova 5i. Daripada yang kita lihat, banyak perbezaan dari segi kelebihan, ciri dan harga antara siri Nova 5 ini.

(Kredit: GSMArena.com)

Paparan

Ketiga-tiga mempunyai saiz skrin yang hampir serupa iaitu 6.39″ dan 6.40″. Namun, hanya 5i sahaja menggunakan paparan IPS LCD manakala 5 dan Pro menggunakan paparan OLED.

Platform

Ketiga-tiga model ini hadir dengan Android Pie, dengan EMUI terbaru iaitu 9.1. Namun, cip pemprosesan bagi setiap model adalah berbeza.

  • Nova 5i: Hisilicon Kirin 710 (7nm) – Octa-core (4×2.2 GHz Cortex-A73 & 4×1.7 GHz Cortex-A53) / GPU : Mali-G51 MP4
  • Nova 5: HiSilicon Kirin 810 (7nm) – Octa-core (2×2.7 GHz Cortex-A76 & 6×1.88 GHz Cortex-A55) / GPU : Mali-G52 MP6
  • Nova 5 Pro: HiSilicon Kirin 980 (12nm) – Octa-core (2×2.6 GHz Cortex-A76 & 2×1.92 GHz Cortex-A76 & 4×1.8 GHz Cortex-A55) / GPU : Mali-G76 MP10
Baca juga :  Ketahanan Bateri - iPhone 11 Pro Max vs Samsung Note 10+ vs Huawei Mate 30 Pro

Storan

Storan luaran – 5i hanya menyokong microSD sehingga 512GB dan 5 serta Pro menyokong Nano Memory sehingga 256GB.

Storan dalaman – ketiga-tiga model ini mempunyai storan dalaman sebanyak 128GB. Cuma versi Pro mempunyai pilihan kedua iaitu 256GB.

Storan RAM – 5i mempunyai 6 dan 8GB RAM manakala yang lain hanya versi 8GB RAM sahaja.

Kamera

Model siri Nova 5 ini hadir dengan 4 kamera di belakang. Nova 5 dan Nova 5 Pro mempunyai kesemua kamera yang sama iaitu: 48MP-16 MP-2MP-2MP manakala 5i adalah 24MP-8MP-2MP-2MP. Kamera swafoto adalah 32MP bagi 5 dan Pro serta 24MP bagi 5i.

Lain-lain

  • Pengimbas cap jari : 5 dan Pro adalah dibawah paparan manakala 5i di belakang peranti
  • Bateri : 5 dan Pro adalah 3500 mAh dan keduanya menyokong pengecasan pantas 40W. 5i mempunyai bateri sebesar 4000 mAh dan pengecasan pantas 10W sahaja.
Baca juga :  Apa Itu SSD & HDD ? Yang Mana Satu Lebih Bagus ?

Nota: jangan risau, cip pemprosesan yang digunakan oleh 5 dan Pro adalah bersaiz 7nm berbanding 5i iaitu 12nm. Semakin kecil saiz cip, semakin cekap tenaga dan efisien. Bermakna, 3500 mAh sudah cukup besar untuk peranti optimum.

Di China, Huawei Nova 5 pro dijual pada harga sekitar RM 1812 untuk model 8/128GB dan sekitar RM 2055 bagi model 8/256GB.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami