Berita Teknologi

Grab – Tiada Swafoto Bermakna Tiada Perjalanan Untuk Anda

Pelanggan Perlu Memuat Naik Gambar Swafoto Sebelum 12 Julai

Grab telah memberitahu semua penggunanya bahawa pelanggan hendaklah memuat naik gambar swafoto sebelum 12 Julai. Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan dalam platform e-Hailing terutama kepada kedua-dua pemandu dan penumpang.

Pengesahan swafoto, merupakan sebahagian daripada teknologi pengecaman wajah, sebagai instrumen untuk membantu polis menyiasat salah satu kes pembunuhan yang melibatkan pemandu Grab pada Mei lepas.

Dalam satu pengumuman di aplikasi mereka, Grab memberitahu kesemua penumpang dikehendaki memuat naik gambar sebelum 12 Julai supaya mereka boleh membuat pengesahan dan mengenalpasti identiti penumpang pada perjalanan akan datang.

“We have introduced passenger verification via selfie as part of our efforts to build a safer platform for you and our driver-partners.

“The selfie is for identity verification, safety and may be used to assist the authorities when required,” Grab

Untuk mengelakkan identiti palsu, pelanggan akan diminta memuat naik gambar swafoto secara rawak pada kemudian hari.

Menurut Grab, teknologi ini telah membantu dalam penangkapan dua suspek yang melibatkan rompakan dan pembunuhan pemandu Grab, Mohd Hanafiee di Sabah.

Semoga langkah ini dapat meningkatkan keselamatan pemandu terutama kepada golongan wanita dan dapat mengurangkan kadar kes jenayah di Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker