Berita Teknologi

Facebook, WhatsApp dan Instagram Sudah Tiada pada Huawei

Terkini, sebuah syarikat teknologi gergasi China, Huawei menerima tamparan yang hebat apabila Facebook Inc membuat keputusan untuk menarik semula kebenaran untuk peranti Huawei memasang sebarang aplikasi daripada Facebook.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di negara itu ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat. Hal ini berlaku ekoran daripada peperangan ekonomi yang berlaku antara dua Kuasa besar Amerika-China.

Namun begitu, hanya peranti yang baharu sahaja menerima kesan ini sementara peranti Huawei yang lama tetap masih boleh menggunakan sebarang aplikasi daripada Facebook Inc seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp seperti biasa. Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker