Berita Teknologi

Amerika Syarikat Menyenarai Hitam 6 Syarikat Teknologi dari China

Malah, bukan Huawei sahaja yang terjejas.

Syarikat dari Amerika Syarikat dilarang sama sekali mengadakan urusan jual beli antara syarikat dari China yang telah disenarai hitam oleh kerajan mereka. 6 syarikat yang terjejas adalah Chengdu Haiguang Integrated Circuit, Chengdu Haiguang Microelectronics Technology, Higon, Sugon, THATIC dan Wuxi Jiangnan Institute of Computing Technology.

Walaupun syarikat tersebut tidak terkenal seperti Huawei, mereka mempunyai teknologi yang canggih dalam penghasilan supercomputer di dunia. Sekatan ini melihatkan urusan perniagaan antara syarikat dari AS dan China lebih tenggelam.

Jabatan Perdagangan A.S bertanggungjawab dalam penyenaraian hitam syarikat-syarikat dari China ini. Mereka mendakwa syarikat-syarikat tersebut telah terlibatĀ  dalam aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan keselamatan negara Amerika Syarikat.

Baca juga :  Digi Perkenalkan Home Fibre - Kelajuan 50Mbps Serendah RM99/Bulan
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami