Lain-Lain

Adakah Anda Percaya Pada Libra, Wang Digital dari Facebook?

Libra, diumumkan pada minggu lepas dan akan mula beroperasi pada tahun 2020

Facebook telah mengumumkan Libra dan Calibra pada minggu lepas. Ia dipanggil kriptowang global yang akan dilancarkan pada tahun depan. Dengan lebih dari 2.38 billion pengguna aktif bulanan, Facebook mampu menerokai pasaran global. Namun, dengan sejarah skandal privasi pengguna yang berlaku pada tahun lepas, adakah anda percaya kepada Facebook untuk menyimpan wang anda?

Kriptowang Facebook berbeza dengan yang lain, seperti yang kita tahu, ia disokong oleh mata wang realiti yang mempunyai nilai mata wang yang stabil seperti AS Dollar dan euro. Dari segi teori, ia boleh pertahankan daripada inflasi harga.

Ia berguna seperti kriptowang yang lain seperti melakukan transaksi online, perbankan dan membeli belah. Facebook sedia membantu negara yang menghadapi ketidak stabilan kewangan atau struktur perbankan yang kecil – menyediakan e-Wallet, Clibra untuk kemudahan pengguna dunia.

Walaupun ia merupakan satu kelebihan yang bagus, ramai yang masih ragu-ragu dengan Facebook. Mereka mempunyai rekod buruk dalam soal privasi dan keselamatan pengguna – mengecewakan pengguna lebih dari sekali.

Dalam soal selidik yang dilakukan dari Android Authority , hanya sebilangan yang akan menggunakan Libra. Sebahagian besar pula tidak akan menggunakan Facebook, disebabkan mereka tidak mempercayai Facebook:

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker