Senarai Terbaik

3 Telefon Pintar Paling Berkuasa Pertengahan Tahun 2019

Sumber daripada AnTuTu Benchmark V7, Pasaran Global

AnTuTu Benchmark ialah aplikasi yang berupaya untuk mengukur pretasi sesebuah telefon pintar dan tablet Android. Ia boleh membantu anda untuk melihat bagaimana pretasi sesebuah telefon itu. Ia amat berguna jika anda ingin bermain permainan video pada grafik yang tinggi. Ujian AnTuTu Benchmark mempunyai pelbagai tahap yang akan merekod jumlah hasil benchmark.

Sehubungan dengan itu, AnTutu Benchmark telah menyenaraikan 10 Telefon Pintar Berpretasi Tinggi untuk tempoh sepanjang bulan Mei 2019. Skor purata diambil daripada pelbagai ujian yang dilakukan terhadap model yang sama, bukannya skor tertinggi bagi setiap model. Data ini dikumpul sekurang-kurangnya dari 1000 unit yang diuji bagi setiap model, menurut AnTuTu:

Baca juga :  Bosan Guna Grab? Ini Senarai 3 e-hailling Ganti yang Sesuai!

1. OnePlus 7 Pro

OnePlus 7 Pro mengambil tempat pertama dengan jumlah sebanyak 373’953 mata. Telefon ini dikuasakan oleh Snapdragon 855 dan juga menjadi telefon pintar yang pertama dalam pasaran yang menawarkan ciri UFS 3.0. Ciri tersebut telah meningkatkan kelajuan penulisan dan bacaan memori telefon tersebut terutama ketika memproses data yang besar. Justeru OnePlus 7 Pro terus sailang di puncak setelah ia dilancarkan.

2. Mi 9

Berada di kedudukan kedua adalah Mi 9 yang mempunyai skor berjumlah 371’894 mata. Setelah berada di puncak untuk dua bulan berturut-turut, Mi 9 diganggu oleh OnePlus 7 Pro. Namun, tanpa ragu-ragu Mi 9 masih terbaik dengan pretasi yang sangat cemerlang – terima kasih kepada Snapdragon 855 yang menjana Mi 9 dan juga optimasi sistem daripada mereka.

Baca juga :  3 Telefon Pintar Raya Terbaik Di Bawah RM500

3. Xiaomi Black Shark 2

Telefon pintas khas ini merangkul tempat ketiga dengan jumlah keseluruhan 369’224 mata dalam skor benchmark dari AnTuTu. Menjadi sebuah telefon pintar ‘gaming’, ia mempunyai konfigurasi dalaman pada tahap yang berbeza. Selain daripada dijana oleh Snapdragon 855, ia hadir dengan sistem penyejukan yang unik yang  menawarkan pengalaman bermain game sepanjang hari pada grafik tinggi tanpa masalah dengan keupayaan menyingkirkan haba secara baik.

Ketiga-tiga model ini dijana oleh Snapdragon 855 yang sangat berkuasa dan jumlah skor antara 3 model ini hanya berbeza sedikit sahaja. Namun, jumlah skor AnTuTu Benchmark adalah bukan segalanya.

Kredit: GSM Arena, AnTuTu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker